Saturday 8 December 2012

Congkak


Congkak

Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".


Cara-cara Bermain Congkak


a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Permaianan Tradisional


PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.
Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. 
Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.
Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. 
Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. 

Monday 3 December 2012

karangan gambar bersiri


Contoh Karangan : Gambar Bersiri
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian
anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Semangat Kejiranan
Sumber grafik : Buku Aktiviti Pendidikan Moral 5,
oleh Mohd. Ali Abd. Hamid, Berita Publishing Sdn. Bhd. 1986.

Contoh Jawapan

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui.
Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.
Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa.
Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.
Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.

sajak cintai negara


Negaraku Bebas Merdeka
Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala
50 tahun dahaulu..
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..

Kini..
50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air

pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya

merdeka tetap merdeka..

Nurkilan Md.Rz..July07

Cuba teka
1. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)


2. Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.


3.Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.


4. Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….



Karangan

Tajuk : Aku sehelai baju

     Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan , aku   dipakaikan    pada   sebuah    patung        dan diletakkan   di   dalam   cermin.  Tanda  harga  yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

    Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Lindamemakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
       Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila  melihat   badanku   berkedut,  dia mengambil seterika lalu menggosokku.

    Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan    aku   sehingga   terlupa   untuk   menutup suis seterika.   Badanku mula terasa  panas.   Aku   cuba   menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

    Apabila  terhidu  bau  benda  terbakar,  Linda   tergesa -gesa mendapatkanku.   Tetapi   sudah   terlambat  kerana  aku tidak boleh  diselamatkan  lagi.  Kini  aku  hanya  menjadi  penghuni setia almari usang.

Peribahasa


Contoh  peribahasa perumpamaan

Seperti ayam tambatan (orang yang berani)
Seperti anak muda jolong berkeris (keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baharu diperolehinya)
Seperti anjing dengan bayang-bayang (orang yang sangat tamak selalu rugi)
Seperti belut pulang ke lumpur (anak kampung pulang ke tempat asalnya)
Seperti belanda minta tanah (mula-mula minta sedikit tetapi akhirnya ingin memiliki semua)
Seperti bersaksi ke lutut (bersaksi kepada keluarga dendiri)
Seperti berkerat rotan berpatah arang (memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula)
Seperti buluh perindu (suara yang sangat merdu)
Seperti durian dengan timun, menggolek binasa, kena golekpun binasa (orang yang lemah dan tidak berupaya hendak menentang orang yang kuat dan berkuasa.)
Seperti duri dalam daging (menanggung beban masalah yang sukar diatasi. Lama-kelamaan masalah itu semakin berat dan mendatangkan mudarat)
Seperti enau dalam belukar (mementingkan diri-sendiri)
Seperti gendang kosong (banyak bercakap dan berlagak pandai, tetapi sebenarnya pengetahuannya sedikit sahaja atau tiada langsung)
Seperti gagak pulang ke benua (perantau yang pulang ke tempat asal tanpa sebarang perubahan)
Seperti halilintar membelah bumi (bunyi atau suara yang kuat den mengejutkan)
Seperti isi dengan kuku (persahabatan yang sangat rapat)
Seperti kacang lupakan kulit (orang yang tidak tahu mengenang budi)

Sajak


Bagaimana Jika...?
 

Bagaimana jika...
Aku terlewat bangun
Lantas aku berbasikal laju
Lalu jatuh, luka di bahu.

 
Bagaimana jika...
Aku terlewat bangun
Bas yang kutunggu telah berlalu
Tinggal aku termangu-mangu.

 
Bagaimana jika...
Aku terlewat bangun
Ayah pandu laju-laju
Cepat sampai tempat dituju.

 
Bagaimana jika...
Aku terlewat bangun
Duduk berfikir seketika
Agar tidak ditimpa petaka

Friday 16 November 2012

cerita tiga sekawan



3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.


KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!

KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang. 



10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..


KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.

KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

Monday 12 November 2012

Pantun

Pantun Peribahasa

Asal kapas menjadi benang,
Dari benang dibuat kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.


Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.


Pantun Nasihat

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana;
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.


Pantun Pahlawan

Guruh berdentum bumi bergegar,
Ayam jaguh sedang bersabung;
Jangan cakap sahaja berdegar,
Hulur senjata mari bertarung.

Memang pahit buah peria,
Makanan orang pergi menjala;
Jikalau mengaku taat setia,
Bersamalah kita pertahan negara.